puisi sang puteri: bagaimana aku takut untuk kehilangan sedangkan aku tidak pernah memiliki...

19:38 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

Rebloggy
"kerinduan adalah satu kekuatan yang membawaku pergi mencarimu..."

aku rindu...
aku tanyakan pada langit...
MANA DIA?
aku tanyakan pada bumi...
MANA DIA?

senyap.

Klassik Magazine
ketika aku merinduinya...
aku selalu mengalunkan lagu...
lagu apa yang terdetik,
itulah yang aku nyanyikan...

bumi,
langit.

sebenarnya aku tidak kenal dia...
aku sudah lupa bagaimana dia...
aku cuma berpandukan kata hatiku...


tragis kan?

"pernah aku tanyakan pada diri sendiri...mengapa aku takut untuk kehilanganmu? aku lalu terduduk menangis...bagaimana aku takut untuk kehilangan sedangkan aku tidak pernah memiliki...kau hadir di dalam setiap mimpi2 ku...adakah kita pernah kenal sehingga perasaannya berat sebegini?"

pinterest
"sayang...aku mungkin bodoh...aku mungkin gila...tetapi disebalik kekaburan ingatan ini, aku tahu disana ada kamu...di satu tempat yang aku tidak tahu...mungkin selendang kuning yang ku layangkan ini mampu menemuimu..."



terima kasih kerana sudi membaca...:D

0 comments:

puisi sewel sang puteri: Sita, apa khabar kamu...

18:31 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: Obsessed With Skulls

"di dalam ketakutan tersembunyi satu api...dan api itu ialah keberanian...ia cuma keluar setelah keadaan terlalu menekan...hati2 dengan mereka yang takut...mereka sebenarnya lebih berani dari yang berani...pabila mereka bersabar itu bermaksud kebodohanmu masih punya peluang untuk ditukar...janganlah kau salah faham..."

KETAKUTAN

kenapa wujud perasaan ini di dalam diri manusia ya...
kenapa perlu takut...
kenapa mesti takut...

Dark Beauty Magazine
Sita, apa khabar kamu...
pinjamkan aku ketabahanmu...
disaat kau menunggu dia datang...
dan mengambilmu...

ternyata dia menzalimimu...
pengorbananmu seakan sia2...

dunia mengadili.
siapamu...
tetapi dewi, kisahmu cuma membuat aku bertambah duka...

kesabaran jenis apakah yang dikau punyai?

aku risau...
jika kau kembali semula ke dunia ini,
kau kembali dengan kemarahan...
kerana kau mungkin tidak tahu,
bahawa kuasa kesabaran yang paling hebat memusnah adalah kemarahan...

sumber gambar: pinterest

"punyai hati yang lembut sesuatu yang merbahaya...kau akan sering diperdaya dan melara...ubahlah...manusia tidak tahu menghargaimu...maka hargailah dirimu sendiri...selagi kau begitu, tuhanmu cuma melihat...apa yang kau sedang cuba buktikan? suatu kebodohan? kau mensia2kan usiamu...kau benar2 bodoh..."


terima kasih kerana sudi membaca! :D



0 comments:

puisi sang puteri: ketakutan itu ibarat seorang dewi...

16:51 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments


"adakala sampah dan segala yang terbuang itu...ada yang tahu nilainya..."

bersawang.

aku rasa mahu menulis sesuatu
paling kurang tentang sesuatu yang aku alami

tetapi.

terlalu ramai yang mengalunkan irama.
aku terlalu hanyut dalam kesemuanya.

lalu aku padam semua.
puisiku dan sampah seakan2 sama.

tiada isi mahupun fakta.
yang ada hanya emosi.

PERKATAAAN "ADAKALA" MENCERITAKAN TENTANG PENGETAHUAN TENTANG SESUATU YANG KITA TIDAK TAHU DAN MUNGKIN IA WUJUD. MUNGKIN JUGA TIDAK. 

sumber gambar: pinterest

"ketakutan itu ibarat seorang dewi yang menjaga pintu kebahagiaan..."





terima kasih kerana sudi membaca! : D



2 comments:

puisi sang puteri: adakala subjek sebenar bukanlah tentang ketidakaslian...

15:35 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"masih wujudkah yang asli itu di dalam dunia sebegini...aku terasa sedih mahu percaya akan hakikat itu..."

kita sememangnya hidup dalam ketidakaslian.
kepura-puraan.

dan itu bukanlah rahsia.

sumber gambar: Art Kaleidoscope

"ketidakaslian itu satu persekitaran yang biasa bagi manusia...adakala subjek sebenar bukanlah tentang ketidakaslian, ia adalah tentang sejauhmana kau berusaha menjadi asli dalam ketidakaslian..."

0 comments:

puisi gila sang puteri: dan akulah si unik itu.

23:13 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"jika manusia beranggapan bahawa kebodohan adalah sesuatu yang perlu dicantas, adakala ketika sel otakku mula gagal berhubung dengan baik, aku merasakan bahawa kebodohan adalah sesuatu yang patut dibanggakan...disitu letaknya keunikan dan keaslian diri kita sendiri...haha"

"adakala kecantikan tidak memerlukan kepandaian pun, cukup dengan kebodohan, kau mampu menjadi sesuatu yang cantik dihadapan manusia lain...hehe."


KEBODOHAN.

setiap manusia punya kepandaian.
tapi itu bukan yang aku maksudkan kali ini.
aku maksudkan tentang kebodohan.

apa jenis kebodohan yang kamu ada?
adakah kamu bangga dengannya?

merasa bangga dengan kepandaian sendiri adalah satu keyakinan.
tetapi merasa bangga dengan kebodohan sendiri adalah sesuatu yang unik.

dan akulah si unik itu.

sumber gambar: WallpapersWide.com

"manusia berpendapat dengan menjadi kaya mereka akan gembira...tapi ada manusia yang tidak kaya tetapi mereka gembira...kadang2 aku berpendapat bahawa kita semua orang kaya, cuma berbeza jenisnya saja...haha."



terima kasih kerana sudi membaca! :D



0 comments:

puisi sang puteri: walaupun secara dasarnya ia lebih panas dari api kemarahan, tapi...

23:06 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: HD wallpapers

"kemarahan adalah satu api...dan aku tidak suka dengan api itu...api kemarahan adalah sejenis api yang paling bodoh sekali...aku tidak suka dengan nyalaannya..."

sayang...
hari ini aku rasa mahu marah...
tapi aku selalu ketawa...
entah kenapa emosiku tiba2 menggila...
sedang pagi tadi semuanya baik2 sahaja...

aku kerap berfikir bukan2...
nampak yang bukan2...

adakah itu ilusi atau ianya benar?

sumber gambar: pinterest

"aku paling suka api sebegini...api yang sejuk...yang memberi kehangatan di dalam kedinginan hati...memberi satu rasa selesa...aku tidak suka dibakar dengan api kemarahan...api itu bersifat memusnahkan...sedang api sejuk sebegini bersifat memberi keselesaan dan perlindungan...walaupun secara dasarnya ia lebih panas dari api kemarahan, tapi ianya lebih selesa aku rasakan..."

terima kasih kerana sudi membaca! :D



0 comments:

puisi sang puteri: aku masih mampu kawal semua rasa itu.

20:42 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: pinterest

"apa perasaannya jika kita nampak sesuatu yang kita tidak mahu nampak selepas kita sudah cuba untuk bersangka baik?"

MARAH VS KETAWA

entah kenapa.
entah sakit apa.
hari ini aku rasa mahu marah.
tapi aku ketawa.
rasa mahu ketawa sampai pecah perut.
rasa mahu mendengar lagu2 yang bunyinya gila.
rasa mahu membenci.
rasa mahu menyakiti.

tapi itu rasa sahajalah.

aku masih mampu kawal semua rasa itu.
dan ketawa.

ketika aku sedih pun aku ketawa.
ketika aku gembira pun aku ketawa.
ketika aku marah pun aku ketawa.

entah kenapa aku ini.

sumber gambar: pinterest

"terkadang aku merasakan terlalu banyak berfikir juga adalah sejenis penyakit yang mampu membunuh...membunuh semua sangkaan baik..."



terima kasih kerana sudi membaca! :D

2 comments:

puisi fantasi sang puteri: dimana kita harus berdiri?

20:41 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"mengapa terkadang ilusi tidak setanding mimpi? realitinya begini...tapi fantasinya begitu...dimana kita harus berdiri? aku atau kau kah yang mencipta impian itu?"-bukan nukilan annur-

mungkin aku gila.
mungkin semua ini yang gila.
aku masih normal.
tuhan,aku masih normal kan?

oh,begitu kurang ajar sekali aku kiranya.
mana mungkin wujud istilah gila dan normal buat tuhan.

tuhan...
aku mencari sesuatu yang aku tidak punya pengetahuan tentangnya.
sesuatu yang aku jahil.
manusia sebut ia sebagai misteri.
ya,misteri.

pasti ada jawapan kepada semua persoalan diriku.

aku nampak.
tetapi aku tidak tahu apa yang aku sedang nampak.

rasa mahu tahu.
rasa ini benar2 membunuh.

IA MEMBUNUH FOKUSKU.

sumber gambar: brittonhart.com

"jika ditapis masa ini dari teka-teki bodoh itu...aslinya, siapakah aku?dari mana aku datang? dan kemana aku?"

0 comments:

puisi sang puteri: adakala aku berfikir tentang sesuatu.

17:51 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"benarkah dia?"

SATU WAJAH YANG SAMA.
wajah.
wajah.
wajah.
satu wajah yang sama.
difikirkan semula.
diteliti semula.
macam sama.
mereka semua seakan2.

bagaimana rasanya hilang ingatan.
dan cuma ingat beberapa perkara sahaja,
dan hidup penuh dengan teka-teki tentang masa lepas.
ahhh bukan masa lepas sahaja, masa kini, masa depan, atau bila2 masa...

“Wahai pemilik kegelapan...kuikat semangat si empunya diri ini dan kubiarkan dia tenggelam di dalam lautan harapan...tidak pula jaga,tidak juga mimpi,biarkan semua jadi seakan-akan...”Cermin.

entah kenapa,
aku sangat pasti mereka adalah orang yang sama.
yang datang dalam berbagai rupa tapi sebenarnya cuma satu wajah.
satu wajah yang sama.

adakala aku berfikir tentang sesuatu.

TIDAK DICIPTAKAN MASA SELAIN IANYA ADALAH SATU UJIAN KESEJATIAN SEMATA-MATA...

mungkinkah?

"ketika kamu aku...melebur menjadi satu...dan hanya waktu yang mungkin bisa memahami apa yang terjadi..."-mistikus cinta, Dewa

"apa rasanya meneroka semula?"

sumber gambar: pinterest

"adakala rahsia kewujudan adalah pada satu perkataan...KEPERCAYAAN..."



terima kasih kerana sudi membaca! :D




0 comments:

puisi sang puteri: dimana letaknya abadi pada epal itu?

21:31 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"aku percaya kepada keabadian...benar, aku seorang manusia...sudah tentu aku tidak abadi...tetapi abadinya aku adalah di dalam Dia...rahsia keabadianku ada padaNya...dan ilmu tuhanku itu melebihi segalanya...sedang masa, bukanlah sesuatu yang susah bagiNya..."

ABADI

pernah aku ditanyakan,
tentang buah epal.
dimana letaknya abadi pada epal itu?
aku begitu malas sekali mahu menjawab.
kerana hatiku sakit.

lalu si penyoal menjawabnya sendiri.

letaknya abadi pada epal itu bukan pada epal ini sendiri.
tetapi pada hati kita.

dan aku mencebik luka.

abadinya sesuatu itu bukan pada ia sendiri.
ia abadi dalam hati kita.

akan tiba masa dimana,
segala kisah kita ini diabadi.
pada memori generasi terkemudian...

ia lahir sebagai memori yang mereka tidak tahu.
sebagai satu perasaan yang mereka ragu-ragu...
sebagai satu rasa yang penuh misteri...

sesuatu yang mereka gusar untuk menafsirkan samaada ia benar atau tidak...
sehingga kita dikenali sebagai mitos buat mereka...

sehingga nanti...

dia lah orang yang sama aku tanyakan satu soalan...

bagaimana jika masa itu tiada?
ternyata,jawapan dia cuma menyembunyikan sesuatu rahsia.
gurauan dia begitu bodoh sekali aku rasakan.

lalu aku diamkan sahaja.

sumber gambar: nyachii.wordpress.com

"kau boleh menipu...tapi bukan pada semua orang..."


terima kasih kerana sudi membaca! :D


0 comments:

puisi pembukaan 2017: IANYA WARISAN...

20:51 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: pinterest

"aku suka dengan bangsaku Melayu...dan aku bangga dengannya...mereka banyak memuji bangsaku...tidak kurang juga yang menghina...disebalik yang memuji dan menghina, dimana duduk letak diriku? dilangit tidak...dibumi juga tidak...bila aku terlalu realistik, aku digelar pengilusi...bila aku terlalu berilusi, mereka memintaku lebih realistik...aku mahu berada dimana diatas semua panduan kata2 itu?"

"lalu, dimanakah pasak diriku?disini...dihati ini...Melayunya aku itu disini...dari hati ini kemelayuanku terserlah dan mulai bersinar-sinar..."


adakala bila kau dibentangkan dengan kebatilan,
dan kau tidak mampu melawan kerana menjaga silaturrahim,
apa yang kau akan lakukan?

disinilah kau perlu belajar tentang permainan silat kata2...

kiasan itu perlu untuk menjaga hati,
memelihara airmuka,
dan mematahkan lawan dengan lebih berbisa.

pelajarinya...

IANYA WARISAN.

mengapa aku tidak menulis warisan melayu?
adakala kita perlu jujur,
jangan terlalu perasan dalam berperasaan,
setiap bangsa punya cara kiasannya tersendiri.

hormati.

bukan Melayu sahaja yang penuh dengan kiasan.

sebelum penuhi perasaan perkauman yang menebal,
belajar dulu tentang jujur dan hormat pada etika kemanusiaan.

MANUSIA ITU SATU SEBELUM MEREKA DIBANGSA2 KAN...

harap maklum.

mutiara kata kita untuk hari ini?

"BIAR KALAH SATU HARI TAPI MENANG SETIAP HARI. " :P

sumber gambar: pinterest

"bangsa tercipta kerana perlunya sebuah pengkelasan dalam bermasyarakat...tetapi sebelum kita menyebut tentang bangsa, fikirkan dulu tentang manusia...wahai manusia, adakah kerana bangsa kita semua terpisah?menjawablah..."

"dari halaman satu rusuk kiri satu susuk ganjil, minta diisolasi dari dalil busuk jahil..." Aku maafkan kamu Jamal ft Malique










"siapa bisa rasakan gelora cinta si Laila...siapa gerangan...kalaulah bukan Majnun...mesti ada saksi...mesti tegak bukti...sebuah pengorbanan sebagai ganti..." -Syair Laila Majnun Ramli Sarip

 terima kasih kerana sudi membaca! :D

0 comments: